Bagaimanapun beliau berkata, segala keputusan tertakluk dan terpulang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada saya sebagai ketua wanita, saya mesti tentukan  bahawa kepimpinan  wanita mendapat perhatian Perdana Menteri dan itu bukan urusan saya terpulang kepada beliau.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bercakap tentang nama saya bertanding sana sini, dalam politik biarlah orang mahu kita ," ujarnya.

Beliau mengulas lanjut mengenai desas-desus yang menyatakan beliau akan membuat kemunculan semula untuk bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar pada PRU kali ini.

Sharizat berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 125 warga emas Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee di sini hari ini.

Program tahunan anjuran Wanita BN itu bertujuan meraikan warga emas dan mereka yang kurang upaya  menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO memberitahu, Wanita BN telah menghantar manifesto kepada Pengerusi BN dan salah satu daripadanya adalah cadangan pembinaan pusat jagaan integrasi di setiap kawasan.

"Saya lihat pada hari ini  banyak pusat jagaan orang tua hanya fokus warga emas tetapi tiada aktiviti komuniti antara mereka.

"Saya rasa kita kena tukar supaya mereka  dapat bergaul sesama mereka termasuk kanak-kanak supaya memberi keceriaan dan tidak keseorangan," katanya. - UTUSAN ONLINE