Video Sabah Kini

Menerusi satu video yang tular di laman sosial, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mempersoalkan kewibawaan anggota Rela yang ditugaskan membantu tugas pemantauan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Mohd. Shafie Apdal
MOHD. SHAFIE

“Orang Rela bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar macam mana pakai bom. Yang dia tahu kalau ada kenduri, dia jaga trafik,” katanya.

Shafie dipercayai berkata seperti itu ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, kelmarin.

Pada Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. AHmad Zahid Hamidi memaklumkan, seramai 500 anggota Rela ditugaskan membantu pemantauan keselamatan di Esszone bermula bulan ini.

Beliau berkata, langkah mengatur penugasan anggota Rela itu penting bagi menentukan soal keselamatan bukan sahaja di Esszone tetapi di seluruh Sabah dalam keadaan terkawal. - UTUSAN ONLINE