Mohamed Hilmi Che Ramli
Mohamed Hilmi Che Ramli


Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Ketua Pemuda PPBM Kelantan, Mohamed Hilmi Che Ramli berkata, perwakilan bahagian dan cawangan yang menghadiri perhimpunan itu tidak dipilih menerusi mesyuarat di kawasan masing-masing.

“Sepatutnya buat mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu, kemudiannya baru laksanakan perhimpunan tahunan kebangsaan.

“Tetapi ini tidak, secara tiba-tiba buat perhimpunan yang jelas melanggar peraturan parti. Malah perwakilan yang menyertai perhimpunan bukan mewakili majoriti kepimpinan bahagian dan cawangan PPBM seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengemukakan aduan di Ibu Pejabat ROS di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE