PUISI yang tular di media sosial yang didakwa ditulis oleh A. Samad Said.
PUISI mengkritik kerajaan yang tular di media sosial yang didakwa ditulis oleh A. Samad Said.

A. Samad berkata, beliau tidak menulis sebarang puisi kebelakangan ini kerana tidak begitu sihat.

Tambah A. Samad banyak dakwaan dikaitkan dengan beliau seolah-olah tidak menyenangi pentadbiran kerajaan ketika ini adalah tidak betul.

"Jadi apa yang berlaku cuba mengambarkan bahawa saya tidak senangi pentadbiran yang sedang ada ini adalah sesuatu yang dicipta sebenarnya untuk mencalarkan citra pentabiran  yang ada sekarang.

"Dan dari saya itu memang  tidak pernah lahir. Saya malah lebih banyak berterima kasih kerana perhatian yang diberikan terhadap kebajikan saya," kata A. Samad dalam satu klip video yang dikongsi di Facebook Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Teresa hari ini melawat A. Samad dirumahnya dan beliau turut bertanya sama ada Sasterawan Negara itu menulis puis yang tersebar di media sosial terebuat. 

"Dia kata dia tak pernah tulis apa-apa puisi yang mencemarkan nama Pakatan Harapan ataupun DAP. 

"Dia kata dia memang gembira dan puas hati dengan pentadbiran Pakatan Harapan," kata Teresa dalam Facebooknya.

Antara lain dalam puisi yang tular di media sosial itu mencatitkan ayat,"Kini takkala kamu di puncak kuasa. Adakah kamu masih melihat insan seni seperti aku. Mendamba harapan yang kosong. Aku jadi peminta. Peminta yang tidak tahu bila. Bila akan ada harapan. Adakah harapan itu kosong. Seperti Pakatan Harapan". - UTUSAN ONLINE