Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan Hospital Pasir Gudang itu dijangka siap menjelang tahun 2022.

“Hospital ini akan menempatkan sebanyak 304 bilik bagi kemudahan masyarakat, khususnya mereka yang menetap di sekitar kawasan ini.

“Lebih utama, Hospital Pasir Gudang ini akan jadi sebuah hospital pakar utama yang menempatkan ramai pakar da-lam pelbagai bidang perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dal Majlis Pelancaran Projek Hospital Pasir Gudang di Jalan Gunung, Bandar Seri Alam, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE