SHARIPUL FAIRUZ MOHD SHARIP
SHARIPUL FAIRUZ MOHD SHARIP

Pemangku Ketua Pemuda PPBM Temerloh, Pahang, Sharipul Fairuz Mohd Sharip berkata, pihaknya yakin lebih ramai lagi pemimpin bahagian dari seluruh negara akan tampil membuat laporan sama dalam masa terdekat.


“Hari ini, saya tampil membuat laporan kepada ROS untuk menyatakan bantahan mengenai mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini melanggar artikel 12.2 dan tidak mengikut perlembagaan parti.


“Semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM gagal mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum AGM dilaksanakan pada peringkat pusat baru-baru ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kepada ROS di sini hari ini.


Yang hadir sama Ketua PPBM Bahagian Temerloh, Amerus Che Onn.


Pada 30 Disember lalu, PPBM mengadakan AGM sulungnya di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mengikut Fasal 12.1 Perlembagaan parti berkenaan.-UTUSAN ONLINE