Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Rafizi membelakangi Sultan Selangor isu pelantikan Exco?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN (duduk, dua dari kiri) dan Takiyuddin Hassan
TUAN IBRAHIM TUAN MAN (duduk, dua dari kiri) dan Takiyuddin Hassan dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Abdul Kadir Sheikh Fadzir. UTUSAN/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 15 Mei – Kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menganggap kengganan tiga Exco Pas untuk meletakkan jawatan sebagai mementingkan kedudukan dan ganjaran boleh diibaratkan membelakangi Sultan Selangor, Sul­tan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan terhadap pelantikan barisan Exco daripada Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dalam Perlembagaan Negeri Selangor secara jelasnya menyatakan seseorang ahli Exco yang memegang jawatan adalah atas perkenan Sultan Selangor sekali gus menolak tuduhan yang dibuat oleh Rafizi.

Katanya, selagi Sultan memperkenankan tiga Exco Pas memegang jawatan, parti tersebut tidak akan berganjak untuk me­minta ketiga-tiga Exconya melepaskan jawatan masing-masing.

“Hanya Tuanku Sultan sahaja yang boleh menitahkan seseorang Exco itu letak jawatan ataupun dipecat walaupun atas cadangan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Hal ini bergantung kepada Sultan dan Pas berpegang kepada perkara itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Semalam, Rafizi dilaporkan berkata, tindakan tiga Exco Pas yang terus menyertai barisan Exco di Selangor hanya membuktikan bagaimana Pas menguta­makan mengenai kedudukan dan ganjaran, dan bukannya perjua­ngan dan prinsip parti Islam itu.

Katanya, tindakan itu akan memberi manfaat kepada Pakatan Harapan kononnya rakyat akan menilai sebenar sikap pe­mimpin Pas.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, kepemimpinan tertinggi parti tidak dimaklumkan oleh tiga Exco Pas mengenai arahan Mohamed Azmin yang mahukan mereka melepaskan jawatan ekoran konflik politik yang tercetus setelah Pas memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR.

“Tiada surat rasmi atau panggilan telefon daripada Menteri Besar Selangor mengenai perkara ini. Kita menghormati institusi yang ada dan akan terus mengekalkan jawatan ini sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita tunggu surat rasmi terlebih dahulu jika mahu membangkitkan perkara ini di dalam me­syuarat Pas yang akan diadakan pada Khamis ini. Tiada banyak yang boleh diperkatakan kerana boleh jadi arahan ini (memecat) tidak berlaku,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Pas kini berada pada kedudukan yang semakin kuat meskipun memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, dengan beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan hasrat untuk bersama Pas untuk berdepan PRU-14 akan datang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain