Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ketika ini, pembangkang dilihat terus agresif melontarkan pelbagai fitnah dan menanamkan sifat kebencian khususnya dalam kalangan anak muda terhadap kerajaan


“Jadi, kita harap lebih 400,000 Puteri UMNO di seluruh negara bangkit menjadi benteng dan bantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menepis segala tohmahan daripada pembangkang.


“Kita tidak boleh mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya setiap isu yang dimainkan perlu ditepis secepat mungkin menggunakan laman sosial termasuk Facebook dan Instagram.


“Selain itu, Puteri UMNO perlu sentiasa menguar-uarkan program yang dilaksanakan parti bagi membolehkan rakyat mengetahui apa yang dilakukan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Puteri UMNO Cawangan Seluruh Kelantan di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini.


Yang turut hadir, Bendahari UMNO negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri, Marzuani Ardila Ariffin. - UTUSAN ONLINE