Video oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL

Pergerakan Puteri UMNO tekad untuk terus tambah keahlian sayap itu sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Penolong Setiauasahanya, Senator Datuk Fahariyah Md. Nordin, ahli sayap bersama para pemimpinnya sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU tidak lama lagi.

"Penambahan keahlian digerakkan secara berterusan dan jentera memang sudah lama bersedia dengan mendekati masyarakat melalui pelbagai program.

"Sebagai contoh melalui program Puteri Peduli dan jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) dengan kerjasama Wanita UMNO kita mendekati kaum wanita terutama golongan belia.

"Dan melalui setiap program dan gerakan jentera termasuk komunikasi menerusi media sosial, kita menyasarkan penambahan keahlian Puteri," katanya kepada Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE