Video oleh NUR ANIS FARHANAH ABD. MALEK

Itu pandangan dilontarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat, kesalahan yang dilaporkan itu merupakan perkara biasa dan pasti akan berlaku dalam setiap PRK.

Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk diselesaikan dan pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab.

“Saya fikir perkara biasa dalam semua Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK, memang ada beberapa laporan yang kita terima sama ada tepat atau tidak. Polis yang akan siasat di bawah Akta Pilihan Raya atau undang-undang sedia ada .

“Kalau terima laporan, polis akan siasat, kalau ada pihak terlibat, maka perlu bertanggungjawab, dan tindakan sudah tentu akan diambil.

“Bagi saya tidaklah sebesar mana kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutamanya telah mmberi pandangan dan nasihat supaya semua pihak terbabit dalam pilihan raya ini untuk mematuhi undang-undang. Maka saya fikir sebahagian besar akur, tapi sedikit sebanyak pelanggaran itu biasalah mungkin tak faham, perkara mereka tak berapa jelas,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi Lama, di sini hari ini.

Mengenai ceramah oleh Pakatan Harapan di Beranang semalam yang didakwa berlangsung tanpa permit, Muhyiddin menjelaskan proses permohonan itu telah diserahkan kepada pihak urusetia untuk diselesaikan.

“Saya tak tahu pihak mana yang kata tak ada permit tapi bagi saya memang dah keluarkan arahan sejak awal lagi, kita ikut undang-undanglah. Kalau ada permit mesti dapatkan permit, lambat laun pun memang pihak polis dah bersiap.

“Dia kata hari ini boleh hantar, hari ini boleh luluskan. Jadi tak ada masalah. Saya tak fikir isu permit itu terlalu besar sangat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah yang berkata bahawa tidak ada permohonan permit untuk ceramah di Beranang. - UTUSAN ONLINE