Timbalan Pengerusi SPR, Othman Mahmood berkata, hari penamaan calon bagi PRK berkenaan ditetapkan pada 29 September dan hari mengundi awal pada 9 Oktober ini.

Beliau memberitahu, daftar pemilih yang akan digunakan adalah sehingga Suku Kedua Tahun 2018 yang mengandungi 75,770 pemilih berdaftar merangkumi 64,486 pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 pemilih tidak hadir luar negara.

“Seramai 1,403 petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK manakala sebanyak 39 Pusat Mengundi yang mengandungi 171 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi. PRK ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM3.6 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Port Dickson berikutan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletakkan jawatan pada 12 September lalu. - UTUSAN ONLINE

 

Video oleh KAMIL MASLIH