Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata,apa yang dibangkitkan di sini sangat berkurangan berbanding di Cameron Highlands.

Katanya,di Cameron Highlands, terdapat aduan-aduan berhubung pemberian wang dan penggunaan aset yg tidak berpatutan manakala hal tersebut berkurangan di Semenyih.

“Secara keseluruhannya, saya melihat sedikit perbezaan di antara kedua-dua PRK. Sehingga semalam, 33 laporan polis dibuat sepanjang PRK DUN Semenyih, kurang daripada Cameron Highlands iaitu sebanyak 43 laporan polis.

“Kesalahan di sini tidak besar seperti tiada permit ceramah. Namun, kali ini tidak ada laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di Cameron Highlands, ada kira-kira 13 laporan SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di pusat penjumlahan undi di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang,di sini hari ini.

Seramai 996 petugas SPR akan bertugas bagi proses pengundian esok melibatkan 24 pusat mengundi dan 116 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian.

Seramai 53,411 orang pengund�i akan mengundi pada PRK DUN Semenyih.

Menurut Azhar Azizan, pihaknya turut memantau perjalanan PRK mengikut aduan-aduan dari media sosial dan portal-portal dalam talian.

Bercakap mengenai kesediaan SPR, pihaknya kini berada pada tahap bersedia sepenuhnya.

“Saya ingin minta kerjasama calon-calon parti untuk menggesa para penyokong untuk beramai-ramai keluar mengundi, esok.

Azhar Azizan turut memuji Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,Datuk Mohamaddin Ketapi yang menarik balik peruntukan kepada pengundi-pengundi di Beranang,kelmarin.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu tindakan yang amat baik.

“Sebelum ini, kita tidak pernah dengar perkara seperti itu terjadi. Kita anggap itu sebagai satu kemajuan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE