Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, agak sedikit luar biasa kerana Perdana Menteri yang jarang berkempan dalam PRK sebelum ini, datang untuk membantu PH di sini.

Katanya, BN tidak gentar dengan kehadiran Mahathir yang dijangka berkempen di kawasan Felda Sungai Koyan pada hari terakhir kempen PRK.

"Saya difahamkan Tun akan datang pada hari terakhir atau dua hari terakhir kempen di kawasan gugusan Felda Sungai Koyan sebab itu menjadi kawasan tumpuan dua-dua parti sebab banyak undi di situ.

"Kita akan terus dengan strategi kempen kita, tak gentar siapa pun yang turun, cuma luar biasa sikit sebab dulu-dulu PM pernah juga turun PRK tapi jarang sekali. Ini juga menggambarkan bahawa PH ambil serius dan agak cemas dengan pendekatan BN setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar dalam program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Ruil di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE