Video oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL

Hal ini kerana, media sosial dilihat menjadi platform bagi parti pembangkang menyebarkan pelbagai berita palsu dan fitnah kepada kerajaan.

Mengulas ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017, Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, media digital atau media baharu menjadi platform penting untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Pemerkasaan media baharu sering kali diucapkan oleh presiden dalam beberapa perhimpunan terdahulu.

"Kita perlu tangani tindakan pembangkang yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat berunsur negatif.

"Justeru, jentera kita perlu sentiasa bersedia dan mahir menggunakan media sosial untuk memberitahu kepada rakyat tentang keraguan maklumat yang disebar oleh parti pembangkang," katanya kepada Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE