Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terima keadaan tersebut kerana apa yang diutamakan ialah khidmat untuk rakyat.

“Saya terima, kerana saya saya nak berkhidmat kepada rakyat dan saya mahu jadi seorang ahli pembangkang yang konstruktif, yang membina,” katanya.

Video oleh KAMARUL HASIFI KAMARUDDIN

Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perasaannya hadir buat pertama kali ke Dewan Rakyat sebagai ahli parlimen pembangkang.

“Saya nak memainkan peranan supaya amalan demokrasi dalam negara kita berjalan dalam keadaan baik yang dapat memberi makna kepada prinsip dan amalan demokrasi yang sihat,” katanya. - UTUSAN ONLINE