Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Facebook UMNO Online itu, Najib dilihat sedang merakamkan lagu itu di sebuah studio rakaman bersama 16 orang penyanyi latar.

Lebih menarik, lagu tersebut menggunakan muzik latar lagu bertajuk Hatiku Luka Lagi yang pernah dipopularkan oleh kumpulan, Black Dog Bone.

Namun, lirik lagu tersebut telah diubah suai dan banyak menyentuh mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini menunaikan janji kepada rakyat.

Berikut merupakan lirik lagu tersebut:

Inilah hari yang paling sedih dalam hidupku, setelah tanggal 9 Mei 2018 aku disingkirkan,
Selama ini aku berjuang bermati-matian, demi rakyat yang amat ku kasih dan sayang.

Tapi apakan daya, aku teraniaya dengan mainan Pakatan Harapan yang agenda semata-mata fitnah dan dendam.
Namun aku berserah pada tuhan, agar diberi kekuatan untuk menyusun semula barisan.

Harapan setinggi gunung, berderai menjadi debu, mengapakah kisah sedih terjadi dalam hidupku.
Ku percaya padamu dengan semua janjimu, namun ku terpedaya dengan semua itu.

Lalu kau permainkan...PH Pendusta
Kau mungkiri janjimu..PH Pendusta
Mengapa kau bermuka..PH Pendusta
Depan rakyat semua.

Apa daya ku ini, engkau buat sesuka hati
Tak dapatku halang kau..memang kau pendusta.
PH pendusta..kerana kau pendusta,
PH pendusta..semua terpedaya..

PH pendusta..manifesto kau reka
PH pendusta..jangan lagi kau membebankan rakyat semua
PH pendusta..uhhhh..tak sanggup.
Memang pendusta, melihat semua itu

PH pendusta memang PH menipu, kau penipu.

- UTUSAN ONLINE