Beliau difahamkan telah menaiki penerbangan khas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi.

Kepulangan beliau itu dijangka bertujuan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga selepas gagal melakukannya sebelum ini.

Musa yang menang kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk mengangkat sumpah jika tidak kemenangannya terbatal. – UTUSAN ONLINE