Beliau yang lengkap menggunakan sut hitam dan bersongkok disambut dengan sorakan lebih 2,000 penyokongnya sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Beliau kemudiannya dibawa menaiki Toyota Alphard berwarna hitam dan difahamkan terus ke kediamannya di Luyang, Likas.

Turut menyambut ketibaan beliau adalah pemimpin-pemimpin UMNO negeri. – UTUSAN ONLINE