Video oleh MOHD. FIKRI FADZIL

Menteri Dalam Negeri itu menghadiri satu majlis di Masjid Kariah Bagan Pinang di sini dan sempat bertemu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang singgah di masjid itu.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Terdahulu, Muhyiddin menyertai majlis bacaan yasin dan tahlil bersama penduduk setempat selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesihatannya.

Beliau selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas di Singapura pada 12 Julai lalu dan masih menjalani rawatan susulan. - UTUSAN ONLINE