Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan mengapa perlu menunggu dan bersyarat untuk bersama menyokong langkah itu jika benar-benar konsisten dalam memperjuangkan keadilan.


“Inilah yang menjadi menjadi tanda-tanya, makin nampak percanggahan sesama mereka, kalau menang perlu siasat, kalau kalah tidak kena,”ujarnya.


Menurut beliau, pembangkang boleh mencadangkan penubuhan RCI sebaaimana mereka membuat desakan suruhanjaya itu diwujudkan untuk menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


“1MDB berbeza kerana sudah bermacam siasatan dilaksanakan sebelum ini,”ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Setiu, di Dewan Majlis Daerah Setiu (MDS) Sungai Tarom, di sini, hari ini.


Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa pakatan pembangkang akan menubuhkan RCI untuk menyiasat bekas Perdana Menteri itu yang juga pengerusi pakatan pembangkang apabila memerintah kelak. - UTUSAN ONLINE