Video oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL

Mahasiswa juga dilihat berfikiran rasional dalam menilai maklumat-maklumat yang disebarkan oleh pihak pembangkang berkenaan kerajaan Barisan Nasional.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi dan juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, beliau banyak terlibat dengan aktiviti bersama mahasiswa dan menyedari kemampuan dan keupayaan mahasiswa kini.

"Saya banyak bergaul dengan mahasiswa dan melihat mereka cukup terbuka walaupun terdedah oleh dakyah-dakyah oleh parti pembangkang terutama dalam media sosial.

"Walau bagaimanapun, mereka mampu membezakannya dan dapat membuat keputusan yang perlu kerana mahasiswa hari ini menyedari implikasi daripada keputusan yang salah.

"Justeru, saya yakin mahasiwa akan menyokong Barisan Nasional, walaupun mereka kritikal tetapi jelas kelihatan niat mereka untuk berjuang mempertahankan kerajaan dan kepimpinan sedia ada," katanya kepada Utusan Online ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017, hari ini. - UTUSAN ONLINE