Laporan itu dibuat oleh Hilman yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Hilman, beliau membuat laporan itu agar polis melakukan siasatan terhadap penularan video berkenaan.

“Saya telah buat laporan dan polis telah menerima laporan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis.

Beliau juga selepas ini dijangka membuat laporan qazaf (tuduhan berzina) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya.

Semalam, individu mendakwa terlibat sama dalam video terbabit dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut bersama Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz, lelaki itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Individu berkenaan dipercayai Muhammad Haziq Abdul Aziz iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin yang tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki melakukan seks sejenis bersama menteri itu. - UTUSAN ONLINE