Video oleh RASHID MAHFOF

Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun akan mengambil sedikit masa.

"Insya-Allah kos sara hidup akan turun," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam ini.

Beliau berkata, pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membawa kepada ketenangan dan kestabilan yang menjayakan rakyat dan pelabur.

Menurutnya, ekonomi negara sekarang tumbuh dengan baik walaupun dunia dilihat berada dalam keadaan tidak stabil.

"Hutang kita sedang ditangani dengan baik dan jentera pentadbiran pun dibersih serta dipulih semula.

"Malangnya, rakyat terutama golongan miskin merasai tekanan kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Bursa Malaysia pulih daripada kerugian awal apabila ditutup tinggi semalam yang juga minggu dagangan terakhir 2018, dipacu oleh aktiviti memperelok akaun di saat-saat akhir dalam dagangan kecil berikutan musim cuti ketika ini.

Pada 5 petang, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.35 mata atau 0.08 peratus kepada 1,692.07 daripada 1,690.72 sewaktu ditutup pada Khamis. - UTUSAN ONLINE