Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Jamal mahu dedah skandal RM30b kerajaan Selangor

JAMAL MD. YUNOS (kanan) menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Mala
JAMAL MD. YUNOS (kanan) menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Malaysia Wilayah Persekutuan daripada Yang Dipertua, Datuk Mohd. Ali Shamsuddin di Kuala Lumpur, semalam.– UTUSAN/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan membuat pendedahan terbaharu berkaitan skandal RM30 bilion membabitkan kerajaan PKR Se­langor dalam masa terdekat.

Menurutnya, kerajaan PKR Selangor kini semakin rancak me­ngumpul dana sebanyak itu bagi kegunaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya ada bukti bagaimana mereka melakukan projek dalam negeri ini iaitu melalui projek tak telus, melalui kroni untuk mendapatkan dana bagi tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Lantikannya sebagai Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Cawangan Wilayah Persekutuan di Bukit Persekutuan di sini hari ini.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat bagi memastikan duit kerajaan negeri tidak disalahguna bagi tujuan peribadi.

“Rakyat Selangor perlu tahu mengenai perkara ini,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghentikan segala tindakan berbaur politik dan berkepentingan peribadi kerana pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor adalah mewakili rakyat, bukannya sebagai menteri pakatan pembangkang.


Video oleh ANUAR MANSOR

Sementara itu Jamal kesal de­ngan tindakan Mohamed Azmin mendiamkan diri berhubung dakwaan skandal membabitkan beliau.

Katanya, selain terpalit pelbagai isu seperti melantik individu yang muflis bagi mengurus dana Yayasan Warisan Anak Sela­ngor (Yawas) bernilai ratusan juta ringgit, Mohamed Azmin perlu menyiasat penyelewengan dana rakyat termasuklah duit khairat kematian melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Selangor yang membabitkan peruntukan kira-kira RM10 juta.

“Saya ingin menyoal bagaimana dana diperuntukkan melalui Skim Bantuan Awal Persekolahan turut diseleweng demi menjaga kepentingan kroni pakatan sehingga ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) hidup mewah tanpa memikirkan soal kebajikan rakyat yang diwakili,” soalnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain