Lebih menarik, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz turut diarak bersama gajah tersebut.

Perarakan yang bermula dari pintu sekolah berkenaan sehingga ke pentas majlis tersebut adalah sebagai simbolik kenderaan pah­lawan Melayu yang digunakan ketika berhadapan dengan musuh.

Malah, perarakan tersebut juga khusus sempena kedatangan Abdul Azeez yang disifatkan sebagai pejuang UMNO dan pembela rakyat untuk merasmikan persidangan tersebut.

Ikmal Hisham berkata, perarakan bersama gajah itu melambangkan kepahlawanan Melayu unggul yang diikuti seluruh ahli UMNO.

“Malah perarakan seumpama itu menjadi amalan UMNO bahagian setiap kali menyambut pemimpin parti ke daerah ini,” katanya.