Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Gagasan Sejahtera sokong penuh SPRM

Gagasan Sejahtera sokonh penuh SPRM
Tuan Ibrahim (kanan) dan Abdul Kadir (kiri) sejurus sidang akhbar Gagasan Sejahtera di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 15 Mei - Gagasan Sejahtera akan menyerahkan memorandum yang menyokong penuh usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjadi gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, memorandum yang dinamakan sebagai Kebangkitan Rakyat Memerangi Barah Rasuah dan Korupsi itu antara lain mengandungi cadangan dan pandangan gagasan itu dalam memperkasakan usaha SPRM.

"Kami akan serahkan memorandum itu dalam dua minggu lagi," kata Tuan Ibrahim sejurus mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera di sini hari ini.

SPRM baru-baru ini melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dengan tujuan mencetus perubahan agresif dan drastik dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Tuan Ibrahim turut berkata, kedua-dua parti ini akan menggerakkan kekuatan gerak kerja ahlinya supaya isu rasuah diperangi habis-habisan.

Turut hadir, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.


Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Gagasan Sejahtera merupakan blok ketiga politik negara yang dibentuk hasil kerjasama di antara Pas dan Ikatan, dan menurut Tuan Ibrahim, mereka turut sedang meneliti minat beberapa lagi parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyatakan minat untuk bergabung.

Tuan Ibrahim berkata, antara parti politik yang sudah menyatakan hasrat ialah Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diketuai oleh Datuk Huan Cheng Guan, dan beberapa buah lagi parti yang tidak dinamakan dari Sabah dan Sarawak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain