Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN menjelaskan, ke­nya­taan Guan Eng semasa kempen PRK Rantau sedang berlangsung pada pendapatnya adalah melanggar peraturan pilihan raya, namun beliau menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai.

“Projek ini banyak diperka­takan, menteri-menteri ber­kai­tan juga telah buat ke­nya­taan. Ada kata dibatalkan, ada pula kata masih dikaji, macam-macam.

“Tetapi menyata­kan semasa PRK ini, saya rasa menyalahi peraturan pilihan ra­ya. Terpulang kepada pihak SPR untuk menilai sama ada merupakan satu kesalahan peraturan pilihan ra­ya ataupun tidak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng ketika berucap dalam cera­mah Pakatan Harapan di Kuala Sawah, Rantau semalam memberitahu, Negeri Sembilan akan turut mendapat faedah jika projek ECRL diteruskan.

Katanya, jika ECRL berjalan dengan kos yang lebih rendah, jajarannya akan berubah dan ia bagus untuk Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jajaran baharu ECRL seper­ti dikatakan Guan Eng sebenarnya bukan berhasrat untuk membantu Ne­ge­ri Sembilan.

“Dalam sesuatu pro­­jek, kos be­sar adalah bagi pe­ngam­bilan tanah, oleh itu bagi ECRL dari Gombak menuju ke Pelabuhan Klang melalui Kuala Lumpur tentu­nya me­libatkan kos tanah yang tinggi, jadi lalu di Negeri Sembilan.

“Tanah di Negeri Sembilan yang paling mahal hanya RM40 sekaki (0.3 meter). Jadi tiada isu untuk jajaran itu dari Pahang masuk Ne­geri Sembilan dan seterusnya ke Pelabuhan Klang, ia boleh kurangkan kosnya,” kata beliau.