Video Oleh KAMIL MASLIH

Perhimpunan yang bermula pada pukul 2.30 petang itu turut disertai bekas pimpinan kanan parti berkenaan yang tidak berpuas hati tindakan PPBM melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pihaknya berhimpun secara aman hari ini bagi menuntut ROS beri kata putus terhadap kedudukan PPBM.

"Jika PPBM langgar peraturan, tidak boleh dibiar begitu sahaja, jangan kerana PPBM diketuai Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) senang sahaja mereka langgar, ini ketidakadilan," katanya.

Dalam pada itu, bekas Penyelaras PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, lebih 400 aduan yang dibuat oleh ahli akar umbi sepatutnya sudah cukup bagi ROS mengenakan tindakan terhadap PPBM.

"Kami mohon ROS ambil tindakan bubar atau gantung PPBM, ribuan ahli yang hadir hari ini bukannya kerana dedak atau bayaran tetapi kerana prinsip demokrasi yang dicanang PPBM itu sendiri," - UTUSAN ONLINE