Video oleh HASIF IDRIS

Dalam program turun padang bagi hari kelima berkempen itu, Zakaria yang memakai baju berwarna biru tertera logo BN tersenyum gembira apabila melihat reaksi positif dalam kalangan penduduk di kawasan itu.

Beliau berkata, rata-rata peniaga Cina yang dijumpai sudi menghulurkan untuk berjabat tangan dan sudah boleh menerima sesiapa sahaja calon yang bertanding di kawasan ini.

"Dulu nampak biru pun tidak mahu, tangan pun tak nak hulur, jadi kita harap sambutan baik ini diterjemahkan pada 2 Mac nanti.

"Malah, ada peniaga yang sempat meluahkan nasib kepada saya kerana mereka berasa begitu terhimpit dengan kenaikan harga barang," katanya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini.

Program kunjungan ke pasar malam itu juga turut disertai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Naib Ketuanya, Nurul Amal Mohd. Fauzi. - UTUSAN ONLINE