Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Syed Saddiq Syed Abdul RahmanMenteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kedua-dua program tersebut bakal digantikan dengan program baharu yang dilihat dapat membentuk belia masa hadapan yang berwawasan dan tinggi nilai jati diri.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq berkata, semua kakitangan yang sebelum ini berkhidmat di bawah PLKN dan BTN akan diserap ke bawah Kementerian Belia dan Sukan.

“Di bawah BTN dan PLKN ada insfrastruktur, aset dan penjawat awam sedia ada. Mereka ini akan diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dengan bajet sedia ada yang diperuntukkan untuk program tersebut.

“Dalam masa sama, akan ada rombakan besar, perbincangan bersama pihak berkepentingan dalam kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan serta swasta bagi berbincang mengenai modul baharu itu. Saya telah menghubungi pihak Khazanah Nasional Sdn. Bhd. (Khazanah) khususnya pengarah urusan badan tersebut untuk berjumpa dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Tambah beliau, bajet yang bakal diperuntukkan untuk program baharu itu bakal dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di dalam Parlimen. - UTUSAN ONLINE