Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang, Faizal Zainal kepada kakitangan Ibu Pejabat PKR Pusat Tropicana, Faris Abdullah di sini.

Memorandum itu menuntut PKR tidak membenarkan Dr. Mahathir daripada menggunakan logo parti semasa PRU-14.

Selain itu, mereka yang mendakwa mewakili kira-kira 120,000 ahli parti peringkat akar umbi memberikan tempoh enam hari kepada parti untuk mengeluarkan nama Dr. Mahathir daripada menjadi calon bermula daripada 21 April sehingga 26 April ini.

Tambahnya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka telah memutuskan beberapa tindakan yang akan diumumkan kemudian. - UTUSAN ONLINE