Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan ini perlu menyokong tindakan-tindakan baik yang dilakukan oleh parti berkenaan.

Namun, katanya, jika Bersatu berasa senang dengan kelakuan mereka (ahli-ahli UMNO), maka, mereka akan diterima untuk berada di dalam parti.

“Mereka bukan boleh masuk sebagai satu kumpulan besar UMNO yang berniat untuk menguasai Bersatu. Bersatu tidak boleh dikuasai oleh sesiapa, Bersatu dikuasai oleh perjuangannya.

“Bersatu bukan parti 'cash is king'. Kami berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Itu saja hasrat kami dan kami tidak akan terima orang yang masih berpegang kepada prinsip menyertai parti politik, maka mereka akan mendapat peluang,” katanya dalam temu bual yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE