Video MEDIA SOSIAL

Lelaki berkenaan mengalami pendarahan pada bahagian kepala apabila terkena kerusi yang dibaling sekumpulan lelaki di pintu masuk dewan.

Sebelum itu, lebih 50 ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti pada hari ini bertindak menganggu sidang akhbar apabila mereka menjerit 'tipu dan batal'.

Tindakan berkenaan menyebabkan Setiausaha JPP PKR Ismail Yusop meminta mereka supaya bertenang dan membuat bantahan mengikut saluran rasmi.

Ismail sebelum itu memaklumkan pemilihan di Kedah hari dibatalkan dan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Pemilihan di Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka juga ditangguhkan sehingga selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 30 September,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menjelaskan keputusan pemilihan melibatkan kesemua 13 cabang di negeri ini hari ini diterima.

“Berkenaan kekecohan dan rungutan sepanjang hari pengundian siang tadi, ia berpunca daripada kekurangan sokongan teknikal untuk membantu petugas kita,” katanya. - UTUSAN ONLINE