Video oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL

Malah, antara intipati dalam Aku Janji itu juga turut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 Oktober lalu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab. Aziz Kaprawi, itu adalah inisiatif kerajaan Barisan Nasional melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Tambah beliau, banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti pembangkang didedahkan oleh Presiden dalam ucapan dasarnya pagi tadi.

"Parti pembangkang pun kini dilihat goyah dan tidak menentu akibat kewujudan empat pemimpin yang cuba untuk lebih kehadapan.

"Justeru, kita minta rakyat dapat menilai pendedahan yang dilakukan oleh Presiden UMNO bahawa pembohongan sedemikian usaha untuk menipu rakyat," katanya selepas ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017, hari ini.

Ab. Aziz menambah, Perdana Menteri berjaya mengurus dan mentadbir dengan baik dengan perkembangan ekonomi positif serta keharmonian yang wujud dalam negara.

"Rizab negara melebihi RM400 bilion membuktikan kestabilan ekonomi sekali gus menangkis dakyah pembangkang yang mendakwa bahawa Malaysia akan muflis," jelasnya. - UTUSAN ONLINE