Video oleh ABD. RAZAK AID

Pada hari penamaan calon hari ini, enam calon PKR dan seorang daripada Pas telah ditolak pencalonan mereka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana faktor muflis dan gagal meme­nuhi peraturan suruhanjaya itu.

Justeru, keupayaan mereka untuk mengambil alih pemerintahan negara ini berhak diragui jika peraturan mudah dalam soal penamaan calon pun gagal dipenuhi.

Ini termasuk pertaruhan calon PKR dan Pas yang dilihat tidak membuat saringan sehingga pencalonan mereka ditolak ekoran muflis.

Mereka telah pun menunjukkan unsur-unsur kepemimpinan tidak berwibawa, apatah lagi mahu mentadbir.

Tiga calon PKR yang telah ditolak pencalonan oleh SPR kerana muflis ialah Yaakob Osman di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga; Dr. Mohd. Hafidz Rizal yang dicalonkan untuk DUN Kuala Balah serta Pizi Jihat untuk DUN Bukit Pasir.

Calon Pas di DUN Subang Jaya, Mohamad Badri Abd. Rahman ditolak kerana turut diisytiharkan muflis selepas gagal melepasi tapisan Jabatan Insolvensi yang merupakan syarat kelayakan calon.

Sementara itu, calon PKR di DUN Rantau, Dr. S. Streram turut ditolak kerana gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak mempunyai pas yang dibenarkan SPR.

Bagi kerusi DUN Tawang pula, calon PKR, Mohd. Azihan Che Seman juga tidak diterima kerana status tempat tinggal serta alamatnya yang diragui SPR.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pula hilang kelayakan bertanding bagi Parlimen Batu setelah pencalonannya ditolak atas faktor saman berjumlah RM2,000 yang dikeluarkan Mahkamah Shah Alam kepadanya kerana menghina seorang pegawai polis pada 2014.