Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Usah peduli desakan DAP

Pembangkang hanya mahu pastikan lawatan PM ke AS gagal

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Desakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Kabinet menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melawat White House adalah sesuatu yang sa­ngat ganjil dan tidak wajar.

Irmohizam Ibrahim

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, memenuhi jemputan tersebut adalah satu pera­nan besar bagi Malaysia sebagai tanda menjalinkan hubungan diplomatik, malah, ia merupakan lawatan rasmi dan berupaya meningkatkan hubungan dua hala yang lebih komprehensif serta progresif.

Jelas beliau, sememangnya desakan pembangkang itu tidak masuk akal kerana Perdana Menteri tidak ada kaitan atau terlibat dalam tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

“Mereka hanya gusar dan bersungguh-sungguh mahu menggagalkan misi lawatan ini kerana pihak pembangkang sudah tentu mempunyai niat untuk memburukkan nama Perdana Menteri dan Malaysia.

“Tembelang pihak pembangkang pasti pecah apabila rakyat mempersoalkan mengapa Najib tidak ditahan oleh DoJ di AS malah diundang ke White House pula,” katanya dalam satu kenya­taan hari ini.

Mengulas lanjut, Irmohizam­ berkata, pembangkang seha­rusnya faham bahawa lawatan rasmi itu adalah sesuatu yang penting dan tindakan Kit Siang telah membuka aib sendiri bahawa mereka gagal memahami konsep mentadbir negara de­ngan baik.

Tegasnya, jika begini cara pembangkang berfikir dan bertindak, maka negara Malaysia tidak akan dipandang tinggi dan dihormati oleh negara-negara maju yang lain.

“Apakah pihak pembangkang mempunyai agenda untuk menggagalkannya kerana bimbang segala usaha mereka melakukan provokasi memburukkan ke­pimpinan Perdana Menteri akan gagal setelah pertemuan dua mata di antara Presiden AS dan Perdana Menteri?” soalnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain