HALIMAH ALI
HALIMAH ALI

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keya­kinan itu didorong oleh undi teras Pas dan Barisan Nasional (BN) yang bakal diperoleh de­ngan campuran ke­dua-duanya dijangka mampu mewujudkan perkembangan positif yang berpihak kepada mereka.

“Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini, kita melihat sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) merosot dengan jumlah keluar mengundi turut menurun.

“Sebab itu kita percaya undi kita akan meningkat. Kita sedar kemenangan tidak mudah tetapi ia juga tidak mustahil,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Melabuh Unjam di Perairan Kuala Marang 2018 di Marang Waterfront, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pemba­ngunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim; Yang Dipertua Dewan Unda­ngan Negeri, Yahaya Ali dan Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali.

Dalam majlis itu, sebanyak 51 unjam daun kelapa dilabuhkan sebagai salah satu inisiatif jangka pendek untuk menyediakan sumber ikan berterusan kepada nelayan.

PRK Seri Setia yang dijadualkan pada 9 September ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pas dan PKR menerusi calonnya, Halimey Abu Bakar.

Ia diadakan selepas penyandangnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin me­ninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) lalu, Shaharuddin menang besar selepas memperoleh 29,250 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M. Haniff (9,878 undi), calon Pas, Mohd. Ghazali Daud (4,563 undi) dan calon bebas S. Vignes­waran (217 undi).