Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan seumpama itu yang didakwanya sengaja 'diada-adakan' mempunyai tujuan untuk memecah belahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Ini (undi tidak percaya terhadap Dr. Mahathir) satu fitnah. Tidak ada apa-apa pun yang dilaporkan. Ia adalah fitnah.

"Malah Dr. Rais ( Datuk Seri Dr. Rais Yatim) sendiri kata itu satu cubaan untuk pecah belahkan PH."

Ditanya lagi mengenai desakan agar Dr. Mahathir berundur, Dr. Wan Azizah menjelaskan: "Macam saya kata tadi itu salah satu fitnah untuk timbulkan keresahan dalam PH."

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang media selepas menghadiri majlis Taklimat Khas Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2018/2019 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya. - UTUSAN ONLINE