Calon Pas, Dr. Halimah Ali berkata, ini kerana parti itu perlu menjadi suara pembangkang yang kuat dalam menjadi medium semak dan imbang di negeri Selangor.

Malah katanya, setiap undi yang diberikan kepada Pas juga dapat memastikan PH ‘tidak tergelincir’ dan ‘kalah’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Jika sayang PH, undilah bulan (Pas) supaya mereka yang berasa terlalu hebat, bagus dan kononnya mampu melakukan magis sedar.

“Selepas PRU-14, kita jangka semua masalah akan selesai, tetapi selepas 100 hari semua mengeluh. Mereka (pengundi) mungkin tidak boleh menyatakan dengan sendiri dan ia tidak cukup kuat. Tetapi, jika diterjemah di peti undi, ia sudah tentu akan diberi perhatian,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Masyarakat Petaling Jaya Selatan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE