SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini selepas jemaah Kabinet dalam mesyuarat yang lalu telah membuat satu ketetapan khas yang mana kerajaan bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur.

“Perkara ini (pindaan Perlembagaan had umur layak mengundi) akan dibentangkan pada sesi Parlimen Jun atau Julai ini.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengepalai gerakan tersebut untuk pastikan bahawa golongan muda akan dijadikan penentu pada pilihan raya dan pada masa sama hak golongan muda akan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai konvensyen berkenaan, beliau menyeru golongan muda supaya berfikir di luar kotak dan berani menyahut cabaran.

Katanya, golongan be­lia perlu berani menyatakan pendapat dan bersuara tentang sesuatu, kerana sifat sebegitu mampu mencetuskan pembaharuan yang po­sitif.

“Usaha negara untuk kembali menjadi Harimau Asia tidak akan berjaya jika tahap pemikiran kita tidak berubah serta tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.

“Dulu apabila Tun (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu bina Putrajaya ramai yang bantah. Begitu juga dengan cadangan bina KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Apabila kita menganjurkan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), ramai yang tidak setuju.

“Sekarang kita lihat berapa banyak syarikat Malaysia yang berjaya me­nempatkan diri dalam industri pertahanan,” katanya.