Pengundian berjalan agak perlahan dengan cuaca mendung sejak pagi tadi.

Sehingga pukul 8.45 pagi, seramai enam pengundi daripada 36 pengundi berdaftar di situ telah menunaikan tanggung jawab masing-masing.

Undi awal di Rantau berjalan lancar
DUA anggota polis, Lans Koperal Farahtul Adibah Abdullah (kiri) dan Koperal Rokiah Mat (kanan) menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas pengundian awal PRK DUN Rantau di Balai Polis Rantau, Rembau hari ini. - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

Calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram telah meninjau pusat pengundian itu kira-kira pukul 8.05 pagi.

Beliau berpuas hati dengan proses pengundian awal itu dan berharap ia berjalan dengan lancar.

Sementara itu, calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba pukul 8.10 pagi untuk melihat perjalanan pengundian awal tersebut.

Katanya, pemantauan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya kelihatan amat baik selain pegawai pemantau yang dilantik.

Undi awal di Rantau berjalan lancar
MOHAMAD HASAN meninjau proses pengundian awal PRK DUN Rantau di Balai Polis Rantau di Rembau pagi tadi. - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

“Kita harap supaya pembuangan undi awal ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang,” katanya.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, PH dan dua calon Bebas. - UTUSAN ONLINE