Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMNO tidak pilih kasih beri bantuan

Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) melihat pelan yang ditunjukkan
Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) melihat pelan yang ditunjukkan oleh kontraktor ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Baharu Kariah Paya Besar, Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah, semalam.

BALING 2 Mac – UMNO tidak akan mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan dan pembangunan prasarana demi kesejahteraan dan pembangunan umat Islam di negara ini.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sumbangan yang dibuat itu bagaimanapun tidak perlu dipolitikkan sehingga boleh memecahbelahkan umat Islam sehingga hasrat murni untuk merapatkan ukhuwah menjadi sebaliknya.

“Sebagai pemimpin, tanggungjawab itu perlu digalas sebaik-baiknya kerana itu adalah ibadah yang melepasi sempadan politik. Tiada istilah pilih kasih dalam memberikan bantuan dan melaksanakan prasarana untuk rakyat dan demi kebaikan umat Islam keseluruhannya.

“Sebagai pemimpin, saya sedaya mungkin akan menunaikan tanggungjawabnya serta janji-janji mereka pada pilihan raya terdahulu, namun orang ramai harus faham, ia bukan boleh dilakukan serta-merta,” katanya.

Abdul Azeez berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Baharu Kariah Paya Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Khairul Azhar Abdulah.

Kos pembinaan masjid baharu tersebut menelan kos RM2.06 juta yang mana dijangka mampu memberi kemudahan kepada kira-kira 1,000 penduduk di kawasan tersebut.

Menurut Abdul Azeez, segala perancangan yang dilakukan harus diteliti sebaik dan tidak boleh dilaksanakan sambil lewa kerana melibatkan banyak pihak.

Dalam pada itu, beliau menggesa supaya umat Islam bersatu hati dan bermuafakat, di sam­ping menjaga silaturahim dan perpaduan ummah yang tinggi.

“Saya berharap semua umat Islam di Khariah Paya Besar menggunakan dan mengimarahkan masjid baharu ini untuk mengembangkan lagi syiar Islam dengan pelbagai kegiatan keagamaan dan terbuka untuk semua umat Islam untuk menggunakannya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain