Najib berkata, melalui perbicaraan yang adil, beliau yakin dapat mempertahankan dirinya.

"Saya juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat. Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

"Tidak adil untuk UMNO menanggung beban atas segala fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional (BN) pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya," katanya menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE