Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan, dengan rekod perkhidmatan kerajaan, senario politik semasa dan jentera parti yang semakin padu, sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai.

"Tidak mustahil untuk Terengganu mengulangi sejarah pencapaian dalam pilihan raya umum 2004 apabila memenangi 28 daripada keseluruhan 32 kerusi berbanding hanya empat kerusi pada tahun 1999," ujarnya yang juga Menteri Besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018 di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, di sini petang tadi.

Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang; Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam dan Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Rohani Abdullah.

Seramai 580 pemimpin pergerakan Wanita UMNO hadir dalam program yang disifatkan sebagai persediaan peringkat akhir sebelum menghadapi PRU-14.

Katanya, ketika ini seluruh jentera parti sudah bersiap sedia untuk 'berperang' dan hanya menunggu 'signal' daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE