AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN

Pengerusinya, Datuk Seri  Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pencalonan Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu sememang  dialu-alukan  kerana akan mewakili suara Terengganu di peringkat tertinggi kepemimpinan parti. 

“Sudah lama Terengganu tidak ada wakil di situ. Kali terakhir ialah pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada 1990-an.

“Jadi sudah pasti kita akan memberi sokongan penuh dan kita akan berkempen untuk beliau sebagai satu-satunya wakil Terengganu agar sampai ke tampuk kepemimpinan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian  kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa bersama Kelab Wartawan Terengganu di sini petang semalam.

Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar ketika mengesahkan pencalonannya memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa beliau membuat keputusan itu  bagi memberi alternatif kepada ahli-ahli yang mahu melihat perubahan dalam kepemimpinan UMNO.

“UMNO tidak boleh lagi dipenuhi oleh pemimpin  jenis  ‘yes man’ sahaja kerana takut bersuara disebabkan sayangkan jawatan mereka. Kita tidak boleh harapkan orang seperti ini lagi,” ujar Ahmad Said. -UTUSAN ONLINE