Mohamad Hasan

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, beliau yakin UMNO bahagian tersebut memiliki jentera di peringkat akar umbi yang mampu bergerak dan sentiasa bersedia setiap masa.

“Saya rasa perjalanan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Telok Kemang tidak akan terjejas. Jika jentera sudah ada, perlu bergerak, tidak ada masalah.

“Saya harap (kes tersebut) tidak akan menjatuhkan moral jentera parti di bahagian berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar mengulas tentang perintah reman selama lima hari terhadap Mohd. Isa bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2014 dan 2015.

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan Mohd. Isa bermula hari ini sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.