Ketua UMNO bahagian, Datuk Marsum Paing berkata, pihaknya komited dan yakin untuk menawan semula Parlimen Sepang dan DUN Tanjong Sepat serta Sungai Pelek berdasarkan soko­ngan akar umbi parti dan rakyat.

Menurut Marsum, pihaknya menggunakan pendekatan bertemu rakyat dari rumah ke rumah yang dilihat telah memberikan kesan positif terhadap sokongan rakyat kepada UMNO khususnya dalam kala­ngan bukan Melayu.

“Pada pilihan raya umum lalu, UMNO hanya menang di DUN Dengkil, sehubungan itu kami sedar daripada kekalahan sebelum ini dan akan me­laksanakan beberapa pembaharuan termasuk mengadakan progam turun padang untuk mengetahui ma­salah rak­yat pada setiap masa.

“UMNO tidak boleh selesa kerana banyak kerja perlu dilakukan, namun paling utama adalah semangat perpaduan dalam kalangan ahli parti yang menjadi tunjang kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam program Larian Bendera sempena Ulang Tahun UMNO Ke-71 di sini hari ini.