Ketuanya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, sumbangan ber­kenaan adalah lanjutan daripada program Tahun Baharu Cina yang dilaksa­nakan untuk masyarakat di Tanah Merah setiap tahun.

Beliau berkata, segala bantuan tidak hanya untuk komuniti Melayu, sebaliknya semua lapisan masyarakat kerana keperluan rakyat perlu diutamakan tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik.

“Oleh itu, setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, kita akan meraikan mereka dengan mengagihkan angpau kepada warga emas komuniti Cina dan Siam

"Selain sumbangan angpau, kita juga mengagihkan limau mandarin kepada setiap keluarga,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan angpau kepada warga emas masyarakat Cina dan Siam, di sini malam tadi.

Dalam majlis tersebut, seramai 220 warga emas daripada komuniti Cina dan Siam yang berumur 60 tahun ke atas menerima sumbangan angpau.

Ikmal Hisham berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya mengagihkan sumbangan angpau secara berperingkat, melibatkan tiga kawasan dengan jumlah penerima seramai 1,000 orang.

"Sebelum ini, kita me­laksanakan agihan sekali gus. Namun kali ini, kita mengambil inisiatif untuk melaksanakan agihan di setiap kawasan.

"Dengan cara ini, ia lebih menyenangkan mereka, di samping dapat meraikan majlis ini bersama-sama masyarakat setempat," katanya.