Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Is­mail Sabri Yaakob berkata, kesemua nama calon itu akan dikemukakan kepada UMNO Pusat untuk dipilih seterusnya dimuktamad­kan.

ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI 

“UMNO akan me­ngadakan mesyuarat perhubungan bagi membincangkan penglibatan semua bahagian di Selangor untuk membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Semenyih.

“Bahagian Hulu La­ngat juga diminta bersedia dengan jentera masing-masing bagi melakukan segala persiapan untuk menghadapi PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkemba­ngan sama, Ismail Sabri yang juga Naib Pre­siden UMNO berterima kasih kepada Pas kerana memberi laluan dan akan membantu kempen BN dalam pilihan raya tersebut.

Sehubungan itu, jelas beliau, kepemimpinan tertinggi UMNO dan Pas telah mengadakan perbincangan untuk menjalankan gerak kerja dalam PRK ini.

“Saya yakin kerjasama ini akan mengembalikan semula kerusi DUN Semenyih kepada UMNO,” katanya.