Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesediaan ini merupakan semangat setiakawan kedua-dua parti berkenaan dalam barisan pembangkang.

Katanya, jentera pilihan raya juga akan digerakkan sebagai tanda kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua parti itu.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) ikhlas untuk membantu Pas bertanding di Seri Setia. Kebersamaan ini kami terjemahkan atas setiakawan dalam barisan pembangkang. Jentera akan digerakkan nanti sebagai tanda kerjasama politik. Isu-isu rakyat setempat, negeri dan nasional bakal mendominasi gerak kerja bersama,” katanya dalam akaun Twitternya, di sini hari ini.

Kerusi DUN Seri Setia kosong ekoran kematian Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Allahyarham Dr. Shaharudin yang mewakili PKR menang kerusi itu dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon BN, Yusoff M. Haniff; calon Pas, Mohd. Ghazali Daud dan calon Bebas, S. Vigneswaran.

DUN Seri Setia mempunyai 52,650 pengundi berdaftar. - UTUSAN ONLINE